Saturday 2 July 2011

DUNIA HERBA MUNA ASY SYIFA'

Tradisional. Asli. Tanpa Pengawet. 100% herba. Bahan bermutu tinggi. Segar, bersih dan suci. Turun-temurun. Lebih 40 tahun. Terbukti berkesan. Lebih 80 jenis herba terpilih. 'Homemade'.
Konsep penyerahan dan tawakal kepada Allah. Penyediaan dimulai dengan bacaan Al Quran, Zikir dan mengekalkan wudhu'.

5 comments:

  1. Eminence Home Care Services | Home Nursing in Vijayawada provide all types of home care services like Elderly care services, Nursing services, Attender Services, Physiotherapy services, Caretaker services, Doctor visit, physiotherapist visit, medical equipment’s at your home.
    Eminence Healthcare at Home | Elder Care | Nursing | Physiotherapy Services Vijayawada

    ReplyDelete

HERBS!

Ya Allah...berilahku hidayahMu ke jalan yang benar...

"Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu
yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu...

Pasti akan damailah hatimu
Kerana tidakkan Allah sengaja
Mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukanlah Allah tidak tahu
Deritanya hidupmu...retaknya hatimu

Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
Yang selalunya lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

DATANGNYA AJAL...BERSEDIAKAH KITA?

MARILAH KITA RENUNGKAN SEJENAK...

Sampai bila kita masih berkata "saya tak bersedia lagi"..hingga ke hujung waktu datangnya Malikat Izra'il untuk mencabut nyawa?
Telah banyak peluang yang Allah berikan untuk bertaubat dan mengumpul amal kebaikan. Kenapa tidak ambil peluang dan kesempatan itu?
Mahu tunggu apa lagi wahai sahabat...Ya Allah...berilah peluang untuk hambaMu...buat sekian kalinya...


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak
adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan
menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam
Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali
cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa
keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini
akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini
akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa
kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah
lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT
samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ

ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)

Rindu menggamit...izinkan kukembali lagi Ya Allah, menjadi tetamu Mu...

Rindu menggamit...izinkan kukembali lagi Ya Allah, menjadi tetamu Mu...

Labbaikallahumma Labbaik...

Labbaikallahumma Labbaik...

Masjid Nabi...Madinah

Masjid Nabi...Madinah


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerana pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasululallah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku lafazkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Ummati...ummati...
Kutahu endahnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Syafaatkan kami
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai ummatmu
Kurniakanlah syafaatmu...

MP3 RUQYAH SYARIAH


PERINGATAN:
1. Produk Muna Asy Syifa telah diselaraskan harga jualannya di mana-mana rangkaian ahli pengedar-pengedarnya (Semenanjung).Manakala di Sabah/ Serawak bertambah kerana kos pos. Diharap dengan cara ini, kita niatkan semoga kita dapat membantu sesama saudara kita yang memerlukan dengan harga mampu(niat utama) di samping menambahkan pendapatan. Bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.Betulkan niat, mudah-mudahan dengan niat kita ini akan lebih diberkati Allah. ------------------------------------------------------------------
2.Produk kami adalah persediaan herba tradisional. Testimoni yang ditulis tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil persediaan herba. ----------------------------------------------------------------
3. Isi kandungan dan gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak mutlak terpelihara Muna Asy Syifa Enterprise. Dilarang sama sekali menciplak, meniru, menyalin semula dalam apa jua bentuk melainkan dengan keizinan daripada pihak kami demi menjaga kemaslahatan semua yang terlibat. Jika anda ingin berbuat demikian, sila letakkan link blog ini di website anda. Terima Kasih. ------------------------------------------------------------------